gambar raya 2009....selamat hari rayo...

gambar raya 2009....selamat hari rayo...

assalamualaikum

wahai sahabat yang allah sayang semua...
saya ucapkan bebanyak pada ALLAH telah memberi kesempatan untuk buat blog yang xseberapa ni....
jadi kalau ada saudara-saudari nak kongsi ngan saya boleh tanya dan tukar pendapat,,,barulah cantik kalbu kita bila selalu bertukar pendapat...

DOA


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Isnin, 16 November 2009

LOGO

Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAHSIA ALFATIHAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM(1)
(Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
ALLHAMDULILLAHIRROBILA'LAMIN(2)
(Segala puji bagi Allah sekalian alam)
ARRAHMANNIRROHIM(3)
(Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)
MALIKIYAUMIDDIN(4)
(Pemerintah di Hari Pembalasan)
IYYAKANA'BUDUWAIYYAKANASTAA'IN(5)
(Kepada Engkau menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan)
IHDINASSIROTOLMUSTAQIM(6)
(Tunjukan kami jalan yang lurus)
SIROTOLLAZINAAN'AMTAALAIHIM
GHOIRILMAGHDHUBIALAIHIM
WALA'UDDHOLIN(7)
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,bukannya jalan mereka yang dimurkai dan juga orang-orang sesat..
AMIN....
MAAF KAN SAYA JIKA ADA YANG TAK BETUL PENULISANNYA,,TOLONG SAYA BETULKAN ATAU EMAILKAN YANG ORIGINAL ALQURAN,,INSHALLAH SAYA AKAN MASUKKAN YANG TERBAIK UNTUK TONTONAN SEMUA...DIbaWAH INI JUGA SAYA SERTAKAN RAHSIA AL FATIHAH..SEMOGA BEROLEH ILMU UNTUK KEHIDUPAN KITA SEHARIAN DALAM MENGHARUNGI UJIAN ALLAH SWT di dunia yang fana ini..INSHALLAH..

Suratul Fatihah.

Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al-Fatihah juga disedeqahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Namun, terdapat banyak fadhilat dan rahsia sunnatullah dalam ummul kitab itu.
antaranya yang akan dibincangkan di bawah.
Rahsia SURAH AL-FATIHAH.
1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasamengingati kita.
* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.
2. Untuk penyakit yang agak tenat.
* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandidengan menggunakan air tersebut.
3. Untuk penyakit mental.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebutpada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.
4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yangsakit itu.
5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.
6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.
INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan denganbeberapa syarat:
* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaikuntuk segala-segalanya.* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.* Tawakal kepada Allah.* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.
Fatihah Seribu FaedahSesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapatii)Ia miskin melainkan jadi kayaiii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.v) Ia lemah melainkan dikuatkan.vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.
Fatihah Mengembalikan PangkatSesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.
Fatihah Mendapat ZuriatSesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.
Fatihah Sakit MataJika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:i) Sembuh penyakit matanyaii) Pulih pandangannya.iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.
Fatihah Di atas KapasSesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izinAllah.
Wirid FatihahSesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:i) Dimurahkan rezekinyaii) Diperbaiki hal ehwalnyaiii) Dibersihkan hatinyaiv) Diangkat darjatnyav) Dimudahkan pekerjaannyavi) Dilepaskan ia dari dukacitavii) Dijauhkan dari mudharatviii) Diberi ia kerajinan dan semangatix) Tidak kecewatak) Jauh dari hasutan syaitanxi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Dinding Dimasa TidurSesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kaliQul A’uzubirabbil falaq - 1 kaliQul A’uzubirabbin Nas - 1 kaliTerselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran.Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu)sepatutnya Iyya. Iya bermaksud‘matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannyaakan bermaksud “kepadamataharilah yang kami sembah dankepada matahari kami memintapertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI…………. sehinggahabis hendaklah dibacatanpahenti.AMIN .hendaklah mengaminkan Al- Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kitabersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.
Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.
mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .


Nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca TIADA sabdu).. sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca DENGAN sabdu).. sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca DENGAN sabdu).. sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca DENGAN sabdu).. sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca DENGAN sabdu).. sepatutnya KA NAS
6. IYA (bila dibaca TIADA sabdu) sepatutnya IYYA.
7. SIROTHOLLAZI............. hingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. (1 napas)